Harga Minyak Makin Mahal!

1,263

Harga minyak melonjak lebih $1 pada hari Selasa, ketika pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat kembali dengan perlahan setelah penutupan kilang di Texas berikutan cuaca sejuk yang melampau pada minggu lalu.

Pengeluaran minyak syal di selatan Amerika Syarikat memerlukan masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk memulakan semula pengeluaran disebabkan paip beku dan gangguan bekalan elektrik memperlambatkan pemulihan mereka.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.6% pada $65.30 setong, setelah mencapai paras tertinggi $66.38 pada awal sesi.

Sementara niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat pula menokok sebanyak 1.4% kepada $62.51 setong, setelah mencecah tahap tertinggi pada $62.73 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat lebih 1% setelah naik hampir 4% pada sesi sebelumnya.

Sementara itu, menjelang pertemuan OPEC+ pada minggu depan, Arab Saudi dan Rusia dilaporkan mempunyai pendapat berbeza, di mana Arab Saudi ingin menambah pengeluaran ke pasaran pada bulan April.

Berbeza pula dengan Moscow yang dikatakan menginginkan komitmen pengurangan pengeluaran untuk terus dilanjutkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat