Harga Minyak Melambung Adalah Berita Baik Kepada Pelabur Shell

207

‘Harga minyak dunia melonjak, memang patutlah profit gila-gila.’

Dalam tempoh antara Julai sehingga September, syarikat minyak dan tenaga Britain iaitu Shell mencatat keuntungan bersih berganda.

Meneliti laporan pendapatan korporat suku ke-3 (Q3) Shell, keuntungan bersih syarikat mencatat lonjakan $6.7 bilion berbanding kerugian selepas cukai pada $447 juta.

Sebagai perbandingan pada tempoh sama tahun lalu syarikat mencatat keuntungan $4.2 bilion, iaitu penambahan 2 kali ganda pada suku ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ben van Beurden, keputusan cemerlang tersebut berjaya dicapai walaupun situasi pasaran tenaga berada dalam ketidaktentuan.

Sungguhpun begitu, harga minyak menuju penghujung suku mencatat lonjakan ekoran sekatan tenaga oleh Rusia kembali memuncak selain faktor pengurangan pengeluaran oleh OPEC+ baru-baru ini.

Walaupun berjaya mencatat keuntungan buat 2 suku berturut-turut, namun apabila dibandingkan catatan Q2 lalu pada $18 bilion ia secara kasarnya menurun.

Kenyataan rasmi dari Shell menggariskan penurunan tersebut adalah disebabkan oleh kemerosotan dalam margin penapisan.

Selain itu, pengurangan nilai hidrokarbon di wilayah utara disebabkan penurunan suhu dan negara-negara lain yang dilihat menambah bekalan, turut menyumbang kepada penyusutan keuntungan tersebut.

Dalam pada itu, Shell mengesahkan pemergian Van Beurdeb sebagai CEO pada akhir tahun ini selepas 9 tahun perkhidmatan dan akan digantikan dengan Wael Sawan.

Setakat penulisan ini saham Shell naik 4.37% pada $27.1 dengan permodalan pasaran sebanyak $168.56 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat