Harga Minyak Melantun Semula, Ini Puncanya!

479

Harga minyak kembali melonjak selepas menjunam hampir 10% dalam dua sesi sebelumnya, disokong oleh kebimbangan terhadap bekalan ketika Kesatuan Eropah (EU) berusaha mendapatkan sokongan untuk mengharamkan minyak Rusia.

Menjejaki ke sesi Eropah, niaga hadapan minyak Brent meningkat sekitar 2.9% untuk didagangkan pada $104 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula menokok 2.7% dengan diniagakan pada $101 setong.

Minggu lalu, EU telah mencadangkan untuk mengenakan sekatan ke atas minyak Rusia, tetapi undian ditangguhkan kerana beberapa negara Eropah menyuarakan kebimbangan bahawa ekonomi mereka boleh terjejas.

Penganalisis berpandangan bahawa kesan daripada sekatan itu boleh dihadkan jika larangan itu dikurangkan, tetapi harga masih boleh meningkat lebih tinggi.

Kebimbangan semakin meningkat selepas menteri tenaga Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Suhail al-Mazrouei memberi amaran bahawa apabila permintaan bahan api pulih daripada Covid-19, OPEC+ mungkin tidak dapat memenuhi permintaan tanpa pelaburan lanjut.

Ini susulan kenyataan menteri tenaga Arab Saudi yang mengatakan dunia perlu memberi perhatian bukan sahaja kepada bekalan minyak mentah yang runcing tetapi juga kapasiti tenaga yang berkurangan secara lebih meluas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat