Harga Minyak Melonjak Lagi Susulan Data Terbaru AS

292

Minyak mentah didagangkan lebih tinggi selepas melonjak lebih 1% susulan data rasmi yang menunjukkan permintaan bahan bakar Amerika Syarikat naik ke paras tertinggi sejak bermulanya Covid-19.

Dagangan minyak mentah Brent meningkat 1.7% kepada $72.52 setong, sebelum susut sedikit pada sesi Asia untuk didagangkan pada $71 setong.

Sementara niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula menokok sebanyak 1.2% pada $68.36 setong, tetapi menyusut sedikit pada $67.83 setong pada sesi Asia.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan inventori minyak mentah AS turun sebanyak 3 juta pada minggu lalu, sementara stok petrol jatuh 2.2 juta tong melebihi jangkaan untuk penurunan 1.6 juta tong.

Jumlah purata empat minggu untuk jumlah produk AS yang dibekalkan, petunjuk kepada permintaan bahan bakar, meningkat kepada hampir 21 juta tong sehari iaitu yang tertinggi sejak Mac 2020.

Penyulingan telah meningkatkan pengeluaran hingga 92.4% dari keupayaan yang dapat dikendalikan, tahap tertinggi sejak akhir bulan Jun. Ini telah membantu mendorong inventori minyak mentah AS ke tahap terendah sejak Januari 2020.

Berikutan daripada faktor yang memberangsangkan ini, harga minyak mengekalkan pengukuhan dan memadamkan sebahagian besar daripada kerugian yang dicatatkan pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat