Harga Minyak Membungkam! Amerika Bakal Umum Sesuatu Hari Ini?

528

Pasaran minyak mentah terus diganggu oleh ketidakpastian mengenai pengeluaran bekalan dari rizab Amerika Syarikat dan kes jangkitan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Eropah.

Menjelang akhir sesi Asia, dagangan minyak mentah Brent suram di sekitar harga $79.30 setong, manakala niaga hadapan minyak WTI Amerika Syarikat pula susut pada $76.20 setong.

Menurut laporan terbaru, Jabatan Tenaga AS dijangka akan mengumumkan pinjaman minyak daripada simpanan kecemasannya iaitu Rizab Petroleum Strategik (SPR) pada hari Selasa.

Langkah itu diambil untuk menurunkan harga tenaga yang melambung tinggi selepas pengeluar utama minyak dunia, OPEC dan sekutunya enggan meningkatkan pengeluaran walaupun telah berulang kali didesak oleh AS dan negara pengguna lain.

Bagaimanapun, pengeluaran tersebut dijangka hanya akan memberi kesan sementara buat pasaran minyak dan ini memberi kelegaan buat pelabur.

Meskipun begitu, dengan gelombang keempat Covid-19 kembali menyerang ekonomi terbesar di Eropah, Jerman, pasaran minyak tetap menjadi tidak tentu arah.

Malah, dengan jangkaan sekatan lebih ketat akan dilaksanakan menjelang musim sejuk, harga minyak mentah kekal di bawah paras harga $80 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat