Harga Minyak Mentah Global Jatuh Ke Paras Terendah Empat Bulan Lepas

68

Minyak mentah global jatuh dua peratus lagi pada sesi dagangan Khamis berikutan sentimen peningkatan stok minyak AS yang masih menyelubungi pasaran ini.

Harga minyak mentah meneruskan kejatuhan pada hari kedua berturut-turut berikutan kebimbangan kenaikan inventori AS yang mengganggu usaha OPEC (Organization of Petroleum Exporting Countries) untuk mengimbangi permintaan dan penawaran global.

Walaupun pematuhan kepada perjanjian pemotongan oleh OPEC berada di tahap yang tinggi, stok minyak di AS kini meningkat ke paras tertinggi sebanyak 528.4 juta tong sehingga minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh EIA pada Rabu.

OPEC mula menjalankan pemotongan pengeluaran bekalan sebanyak 1.16 juta tong sehari bermula pada awal tahun ini, selepas negara-negara pengeluar non-OPEC yang lain bersetuju untuk memotong sehingga 1.8 juta tong sehari dalam usaha menanggani isu lebihan bekalan yang telah memberi tekanan kepada harga komoditi ini sejak dua tahun yang lalu.

Minyak WTI (west texas intermediate) yang di dagang di New York Mercantile Exchange susut sehingga $1 dalam sesi Khamis dan kini didagang di sekitar $49.95. Manakala minyak Brent (Brent-oil) kini berada di sekitar $52.54 setong.

Kini, pasaran memberi tumpuan kepada data jumlah pelantar yang akan dikeluarkan oleh Baker Hughes pada lewat sesi dagangan Eropah hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat