Harga Minyak Mentah Jatuh Gara-Gara Peningkatan Jumlah Pelantar Minyak di AS

142

Harga minyak mentah jatuh pada Isnin seiring dengan peningkatan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat dan jumlah pemotongan bekalan dari OPEC yang agak memberi tekanan.

Dalam masa yang sama, penanda aras minyak Brent diniaga pada $51.47 setong manakala WTI mentah menyusut sebanyak 38 sen atau sebanyak 0.78 peratus pada $48.40 setong.

Harga komoditi ini kekal dalam tekanan berikutan kenaikan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat dan bekalan tinggi daripada OPEC walaupun mereka telah berjanji untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari.

Menurut firma Baker Hughes, penggerudi minyak mentah di AS telah menambah sejumlah 14 buah pelantar minyak pada minggu sehingga 17 Mac, sekali gus menjadikan jumlah kiraan pelantar sebanyak 631 buah, yang paling tinggi sejak September 2015.

Hasilnya penggerudi minyak AS telah meningkat kepada lebih 9.1 juta tong sehari dari angka 8.5 juta tong pada Jun yang lepas.

Menurut penganalisis di AB Bernstein, pengurangan dalam pengeluaran OPEC yang bermula awal 2017 bakal menunjukkan kesan bermula pertengahan Mac dan April. Bagi minggu-minggu yang bakal datang, mereka menjangkakan pengurangan mendadak dalam import dan peningkatan terhadap produk tapisan.

China Berhak Untuk Mengawal Pasaran Domestik : Ketua Menteri Industri China

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat