Harga Minyak Mentah Melonjak Berikutan Pengeluaran Minyak Mentah yang Lebih Ketat oleh Pengeluar-Pengeluar Utama Dunia!

161

Harga minyak meningkat pada hari Isnin berikutan jangkaan pengeluaran minyak mentah yang lebih ketat menjelang tahun 2017 sebaik sahaja OPEC dan pengeluar lain bertindak untuk mengurangkan pengeluaran bagi menaikkan harga.

Brent mentah antarabangsa diniagakan pada $55.41 setong, naik 20 sen atau sebanyak 0.36 peratus daripada harga penutup sesi sebelum ini.

Dalam masa yang sama, WTI mentah juga dilapor meningkat sebanyak 22 sen.

Peniaga juga berkata bahawa harga dijangka akan meningkat lebih tinggi bulan depan disebabkan pengeluaran bekalan yang lebih ketat menjelang tahun depan.

Russia yang mengetuai perjanjian pembekuan bekalan bersama OPEC sebelum ini telah mengurangkan bekalan hampir 1.8 juta tong sehari bermula Januari 2017.

Kata Bank ANZ, pelabur menjangkakan tahap yang agak tinggi setelah perjanjian tersebut telah dicapai. Kelemahan US Dollar juga serba sedikit membantu dalam meningkatkan sentimen pelabur terhadap komoditi hitam tersebut.

Perubahan dalam nilai US Dollar boleh menjejaskan permintaan terhadap minyak mentah kerana ia akan mempengaruhi harga bahan api tersebut.

Sementara itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh memberi kesan kepada pasaran serta menjadikan harga kekal pada tahap rendah.

Antara lainnya termasuklah penambahan jumlah pelantar minyak selama tujuh minggu berturut-turut dari AS kerana AS tidak terlibat dalam perjanjian pembekuan bekalan oleh OPEC.

Syarikat penggerudian Baker Hughes juga menambah 12 pelantar minyak lagi minggu ini sehingga 16 Disember, menjadikan jumlah pelantar meningkat kepada 510 buah.

Tekanan terhadap harga juga boleh datang pada bila-bila masa pada masa akan datang.

 

Ringgit Mencecah Nilai Terburuk Menjelang Krisis Kewangan Tahun 1998!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat