Ringgit Mencecah Nilai Terburuk Semenjak Krisis Kewangan Asia 1998!

216

Ringgit Malaysia mencecah paras terendah semenjak krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1998 berikutan tindakan pelabur yang menjual kesemua asset secara besar-besaran dari pasaran pesat membangun. Hal ini terjadi kerana tindakan spekulator matawang bulan lalu yang telah menyebabkan penambahan aliran modal keluar sekali gus menambah kebimbangan dalam kalangan pelabur.

Ringgit menyusut sebanyak 0.1 peratus kepada 4.4805 berbanding US Dollar, tahap paling rendah yang pernah dicatat semenjak Januari 1998, mengikut harga dari bank-bank tempatan mengikut sumber Bloomberg.

Matawang telah kehilangan hampir 6 peratus sejak pilihanraya AS yang lepas, penurunan terbesar dalam kalangan pasaran pesat membangun di Asia. Hal ini demikian berikuatn jangkaan dasar ekonomi Trump yang dijangka akan mencetuskan inflasi dan mendorong aliran keluar yang lebih banyak dari negara ini. Sentimen terhadap pasaran matawang di Malaysia juga agak terganggu oleh kawalan ketat yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia terhadap kontrak non-deliverable forwards pada November lelu, walaupun tindakan ini dikatakan akan menyediakanlebih banyak perlindungan terhadap risiko fleksibiliti nilai dengan peraturan semakan.

Menurut seorang ahli ekonomi kanan di Mizuho Bank Ltd Singapura, ini merupakan penurunan relative dalam kadar tunai gara-gara kebimbangan pelabur mengenai kawalan pasaran matawang, termasuk risiko politik dan lain-lain risiko.

Perselisihan Antara China dan AS Menguatkan Emas dalam Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat