Perselisihan antara AS dan China Menguatkan Emas!

75

Emas melonjak sedikit dalam sesi Asia pada hari Isnin berikutan tekanan terhadap perselisihan yang berlaku antara China dan Amerika Syarikat.

Trump dalam Tweet terkininya di Twitter mengatakan bahawa beliau akan membuktikan China sebagai “pencuri”!

Emas bagi penghantaran Februari di Comex meningkat 0.16 peratus kepada $1139.25 satu troy ounce. Juga di Comex, silver futures dan copper futures masing-masing merosot sebanyak 0.11 peratus dan 0.12 peratus.

Pada minggu ini, antara berita penting yang menjadi tumpuan termasuklah data keluaran dalam negara kasar bagi suku ketiga dari AS dan pengumuman dasar kewangan daripada Bank of Japan.

Minggu lepas, harga emas mula melantun semula daripada paras terendah dalam sesi sebelumnya pada hari Jumaat. Namun, logam ini masih terkesan dengan pengukuhan US Dollar selepas kadar faedah dinaikkan oleh Fed.

Harga komoditi ini telah merosot sejak Donald Trump dipilih sebagi presiden lagi berikutan peningkatan hasil bon Amerika Syarikat dan peningkatan yang dicatat terhadap pasaran saham.

Berita Penting Sepanjang Minggu 10-23 Disember 2017

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat