Harga Minyak Mentah Stabil: Aramco Kurangkan Bekalan Ke Seluruh Dunia

46

Harga minyak mentah dunia bergerak stabil pada Selasa selepas berita yang melaporkan bahawa Arab Saudi dijangka dapat mengimbangi pengeluaran dari Amerika Syarikat.

Syarikat pengeluar minyak di Arab Saudi, Aramco akan mengurangkan bekalan ke seluruh dunia pada September sekurang-kurangnya 520,000 tong sehari.

Pemotongan ini adalah sejajar dengan komitmen dalam pengurangan pengeluaran oleh OPEC yang bertujuan untuk membawa harga minyak mentah ke paras yang lebih optimum setelah tertekan selama hampir tiga tahun.

Namun, pengeluaran dilihat masih tinggi dalam banyak negara di seluruh dunia.

Harga minyak Brent (Brent-oil) ketika ini naik 15 sen kepada $52.52 setakat pukul 6.31 petang. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) naik 23 sen kepada $49.62 setong.

Pasaran minggu ini akan memberi tumpuan kepada data inventori US yang akan dikeluarkan pada Rabu. Pasaran menjangkakan jumlah inventori berkurangan sebanyak 2.6 juta tong minggu lalu.

“Sokongan terhadap pasaran datang dari data pelantar US, kemerosotan inventori US dan pemotongan oleh eksport Arab Saudi,” kata Ole Hansen, ketua strategi komoditi Saxo Bank Denmark.

Wakil-wakil OPEC dan non-OPEC akan bersidang hari ini dalam mesyuarat yang berlangsung di Abu Dhabi pada Selasa bagi membincangkan cara bagi meningkatkan kepatuhan terhadap perjanjian pemotongan bekalan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat