Harga Minyak Menyusut, Apakah Pelabur Masih Optimis Dengan Kestabilan Pasaran Minyak?

48

Harga minyak jatuh pada hari Isnin, membuat pembetulan harga selepas meningkat sebanyak 20% pada suku tahun ketiga yang berakhir Jumaat lalu. Kejatuhan harga ini juga disebabkan oleh peningkatkan hasil pengeluaran OPEC bagi bulan September berdasarkan laporan kajian Reuters.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) susut 15 sen atau 0.29% kepada $51.52 setong pada jam 2.30 petang. Pasaran hadapan minyak Brent bagi bulan Disember pula susut 24 sen atau 0.42% kepada $56.55 setong. Minyak brent menutup suku tahun ketiga pada Jumaat lalu dengan peningkatkan sebanyak 20%, kenaikan tertinggi untuk bacaan suku tahun ketiga sejak tahun 2004.

Antara faktor yang menyokong peningkatan harga minyak adalah jangkaan permintaan yang semakin meningkat daripada kilang penapisan di US selepas banyak operasi terpaksa ditutup akibat taufan Harvey. Namun, pengeluaran yang turut melonjak akan memberi tekanan kepada harga yang semakin tinggi.

Dalam nota kajian Barclays menyatakan, “Pengeluaran minyak US dijangka menyusut pada Ogos dan September disebabkan oleh penutupan sebahagian operasi akibat taufan, tetapi akan naik semula pada suku tahun keempat”.

Sentimen pasaran minyak pada hari ini sedikit lemah berikutan bimbang dengan pengeluaran minyak oleh OPEC yang meningkat pada bulan September lalu sebanyak 50,000 tong sehari (bdp). Selain itu peningkatan eksport daripada Iraq dan juga pengeluaran yang semakin banyak di Libya turut menghalang harga minyak untuk naik di awal sesi dagangan eropah hari ini.

Syarikat tenaga US, Baker Hughes telah menambahkan bilangan operasi galian minyak mingguan untuk kali pertama sejak 14-bulan lalu. Enam pelantar ditambah bagi minggu yang berakhir pada 29 September, menjadikan jumlah penggalian kepada 750.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat