Harga Minyak Petrol Malaysia Antara Yang Termurah Di Dunia?

2,342

‘Ohh, patutlah negara jiran kita selalu datang isi minyak dekat Johor!’

Di Malaysia, setiap malam Rabu sering menjadi perhatian kerana pengumuman kemaskini harga minyak petrol.

Terbaharu satu berita mengejutkan oleh GlobalPetrolPrices.com memperlihatkan Malaysia berada dalam kedudukan 10 teratas bagi negara dengan harga minyak petrol termurah di dunia.

Menurut laporan laman sesawang tersebut, purata harga minyak petrol seluruh dunia adalah pada US$1.36 per liter atau RM5.99 per liter, setakat 16 Mei.

Berdasarkan pengiraan di atas, harga minyak petrol Malaysia berada pada $0.466 per liter dan mengungguli ranking ke-10 dunia.

Negara jiran Singapura memperlihatkan harga minyak petrolnya pada $2.219 seliter, Filipina pada $1.497 per liter, Indonesia pada $1.136 seliter dan Venezuela berada di ranking pertama pada $0.22 per liter.

Selain itu, Hong Kong menyaksikan harga minyak petrolnya berada pada $2.897 seliter, seterusnya meletakkan mereka di ranking terakhir negara dengan harga minyak termurah dalam dunia.

Adalah penting untuk difahami bahawa negara lebih kaya mempunyai harga yang lebih tinggi manakala negara lebih miskin serta negara pengeluar dan pengeksport minyak memiliki harga yang rendah.

Sungguhpun begitu, Amerika Syarikat (AS) dikecualikan dan mempunyai harga minyak petrol yang murah kerana ia merupakan negara maju dari segi ekonomi.

Sebagai penambahan, perbezaan harga minyak petrol juga tertakluk kepada cukai dan subsidi yang diperkenalkan, walaupun semua negara mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat