Harga Minyak Susut, Data Bekalan EIA Jadi Tumpuan!

217

Emas hitam hilang momentum kenaikan pada hari Rabu selepas data tinjauan minyak swasta sekali lagi menunjukkan peningkatan ketara dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Institut Petroleum Amerika (API) menganggarkan peningkatan sebanyak 12.79 juta tong pada minggu lepas, selepas kenaikan 7.35 juta tong pada minggu sebelumnya. Bekalan di Cushing, Oklahoma dilaporkan meningkat, sementara inventori petrol susut sekitar 8.5 juta tong dan stok penyulingan turun sebanyak 4.8 juta tong.

Sementara itu, laporan inventori rasmi kerajaan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang bakal diterbitkan malam ini, dijangka menunjukkan peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS sebanyak 816,000 tong minggu lalu.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan susut pada $66.96 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula merosot pada $63.53 setong

Walaupun dengan peningkatan yang dicatatkan oleh API, prospek harga minyak tetap positif di tengah-tengah jangkaan bahawa pengeluar minyak utama akan terus menerapkan strategi pasaran minyak yang ketat.

Harga minyak telah meraih sokongan daripada keputusan OPEC+ yang bersetuju untuk terus dengan komitmen bagi mengekalkan pemotongan pengeluaran semasa sehingga bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat