Harga Minyak Susut Selepas China Abaikan KDNK 2020

510

Harga minyak dilaporkan menurun selepas pengumuman daripada China untuk tidak mengambil kira sasaran unjuran asal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2020 sekaligus menambahkan kebimbangan terhadap pasaran minyak yang sedia terjejas sebelum ini kerana wabak coronavirus.

Minyak Brent telah jatuh $1.56 (4.3%) kepada $34.50 setong pada selepas meningkat 1% semalam.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) dilaporkan susut $1.79 (5.3%) kepada $32.13 setong setelah dilihat menaik lebih daripada 1% sebelum ini.

Hasil keputusan kerajaan daripada pertemuan China’s National People’s Congress (NPC) memutuskan untuk tidak mengambil kira sasaran KDNK 2020. Ini mendorong mereka untuk mengeluarkan dana sebanyak 1 trilion yuan ($140 bilion) untuk membantu syarikat dan kawasan yang terjejas akibat daripada wabak pandemik.

Ketua strategi pasaran global AxiCorp, Stephen Innes menyifatkan tindakan China bermakna kerajaan itu tidak akan memfokuskan kepada pelaburan infrastruktur dan boleh mendorong minyak ke paras negatif.

Secara jelas, pasaran komoditi menunggu dana infrastruktur daripada NPC, namun pertemuan itu hanya mendorong kepada kekecewaan mereka.

Walau bagaimanapun, Brent dan WTI dilihat melonjak empat minggu memandangkan permintaan bekalan sudah mula pulih dan perniagaan sudah kembali beroperasi bagi beberapa negara di dunia.

Tidak ketinggalan permintaan petrol juga kembali meningkat dengan keadaan trafik bagi beberapa negara sudah kembali kepada asal setelah perintah kawalan pergerakan digugurkan. Keadaan trafik seperti di negara Berlin, Tokyo serta Amerika Syarikat (AS) menjadi tunjang utama kepada permintaan pertol.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat