Harga Minyak Terjun Bebas, Bakal Catat Penurunan Kedua Minggu Ini

309

Minyak mentah terus didagangkan rendah menjelang dagangan penghujung minggu ditekan oleh kenaikan mendadak dalam bekalan minyak Amerika Syarikat dan permintaan lemah yang berterusan akibat krisis pandemik coronavirus.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan susut 15 sen kepada $39.91 setong, manakala WTI Amerika Syarikat menurun 7 sen kepada $37.23 setong dengan kedua-dua penanda aras utama itu menuju kepada penurunan kedua minggu ini.

Di Amerika Syarikat, bekalan minyak mentah meningkat pada minggu lepas melebihi jangkaan ketika kilang-kilang beransur kembali beroperasi setelah lokasi pengeluaran ditutup berikutan taufan yang melanda Teluk Mexico baru-baru ini.

Menurut data yang dikeluarkan Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA), inventori minyak mentah telah meningkat sebanyak 2 juta tong pada minggu lalu berbanding jangkaan penurunan 3.1 juta tong.

Turut menambah tekanan adalah apabila EIA meningkatkan unjuran terhadap bekalan minyak mentah sebanyak 300,000 tong sehari kepada 10 juta tong sehari.

Kejatuhan yang direkodkan EIA, selari dengan laporan API yang diterbitkan pada Rabu yang menunjukkan inventori minyak mentah di AS meningkat sebanyak 3 juta tong.

Sebagai tanda yang menunjukkan harga minyak kekal lemah, para pedagang komoditi dilaporkan telah memesan kapal tangki untuk menyimpan minyak mentah dan diesel di perairan berikutan bekalan yang melebihi penggunaan, lapor Reuters.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat