Harga Minyak Terus Jatuh Ke Paras Lebih Rendah, Permintaan Dari China Menjunam 20%

551

Permintaan minyak dari China jatuh kira-kira 3 juta tong sehari atau 20% daripada jumlah penggunaan akibat penularan coronavirus yang semakin meluas telah menyebabkan syarikat-syarikat penerbangan utama dunia dan beberapa firma besar menghentikan operasi mereka di negara itu.

Penurunan ini mungkin antara yang terbesar dalam pasaran minyak sejak krisis kewangan pada 2008-2009 dan serangan ke atas kemudahan pengeluaran minyak mentah Arab Saudi pada 11 September tahun lalu.

Syarikat penapisan minyak tebesar China, Sinopec terpaksa mengurangkan pengeluaran sebanyak 12% pada bulan ini disebabkan oleh rantaian bekalan dan penggunaan minyak mentah di negara itu telah terjejas.

Kebimbangan yang tercetus akibat kejatuhan permintaan oleh pengimport terbesar dunia ini telah memberi tekanan kepada dagangan komoditi hitam Brent untuk diniagakan merosot ke paras terendah sejak Januari 2019.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 39 sen kepada $56.23 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula turun 9 sen kepada $51.47 setong.

Sementara itu, sumber OPEC+ melaporkan bahawa Jawatankuasa Teknikal Bersama OPEC dan bukan OPEC (JTC) akan mengadakan mesyuarat pada 4-5 Februari di Vienna untuk menilai impak coronavirus terhadap permintaan minyak.

Ahli panel berkemungkinan akan membuat cadangan sama ada untuk melanjutkan kawalan bekalan minyak semasa selepas bulan Mac atau melaksanakan pemotongan keluaran yang lebih mendalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat