Perubahan arah harga mula diperlihatkan pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada sesi Asia pagi ini (Selasa) setelah pergerakan harga yang mendatar di pembukaan awal minggu semalam.
Dolar Australia mula melemah setelah pasaran meneliti minit mesyuarat bank pusat Australia yang diterbitkan.
Sebelum ini, beberapa minggu pelabur telah disajikan dengan pergerakan menaik harga sejak penghujung Mei lalu yang disokong langkah kenaikan kadar faedah yang mengejutkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA) pada mesyuarat awal Jun lalu.
Selain itu, turut menyokong corak kenaikan tersebut apabila mata wang US dolar juga didagangkan lemah sehingga berakhirnya mesyuarat FOMC minggu lalu dengan Federal Reserve (Fed) akhirnya telah menghentikan kenaikan kadar faedah.
Gabenor RBA, Philip Lowe menyatakan bahawa keputusan dasar bank pusat akan dipengaruhi oleh data-data terbaru yang diterbitkan.
Pada penghujung minggu lalu, kenaikan harga telah mencapai ketinggian terbaru menguji paras rintangan pada 0.69000.
Namun, harga mula mendatar di bawah zon tersebut menyambung pembukaan dagangan awal minggu semalam.
Harga juga telah mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD membuatkan pelabur bersedia dengan isyarat perubahan trend itu.
Perlahan di sekitar 0.68500, harga akhirnya membuat penurunan pagi ini ke paras 0.68000 menunjukkan perubahan arah telah bermula dan dilihat akan menguji zon 0.67600.
Seterusnya, harga bakal melanjutkan penurunan menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.67000.
Sementara, jika harga kembali melantun membuat kenaikan semula, harga perlu melepasi halangan MA50 untuk isyarat menyambung pergerakan bullish sebelum ini.
Kenaikan yang diteruskan akan cuba melepasi paras rintangan 0.69000 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran beralih pada ketinggian 0.70000.
Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG