Harga Murah! Negara Barat Pakat Borong Minyak Rusia

394

Penghantaran minyak mentah Rusia oleh kapal tangki minyak Barat meningkat pada Januari, disokong oleh harganya yang murah.

Disember lalu, negara G7, Australia dan 27 negara Kesatuan Eropah (EU) telah bersepakat untuk meletakkan had harga minyak mentah Rusia pada $60 setong.

Had itu membenarkan negara bukan EU mengimport minyak mentah Rusia melalui laut, tetapi menyekat syarikat perkapalan dan insurans Barat daripada mengendalikan kargo minyak itu melainkan ia dijual pada atau di bawah harga tersebut.

Kesannya, kebanyakan minyak Rusia diperdagangkan di bawah paras itu, di mana minyak mentah gred utama Ural Moscow disebut harga sekitar $47-$50 setong pada Selasa.

Muatan minyak dari wilayah Primorsk, Ust-Luga dan Novorossiisk dianggarkan melebihi 9.5 juta tan pada Januari berikutan permintaan dari Asia yang kukuh serta ketersediaan kapal tangki yang lebih besar.

Sementara itu, kapal milik EU terutamanya dari Greece, dilaporkan menghantar lebih daripada 2 juta tan minyak mentah Ural dari pelabuhan Baltik dan Laut Hitam pada bulan lepas.

Walaupun langkah ini dilihat akan mengurangkan pendapatan Rusia daripada eksport minyaknya, namun pada masa yang sama negara-negara Barat turut memperoleh manfaat untuk mendapatkan minyak dari negara itu dengan harga yang murah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat