Harga Pada Carta EUR/JPY Melonjak Sebab ‘UFO’?

130

Kalau minggu lepas kecoh pasal belon, minggu ini gempar pula berita tentang objek terbang yang tidak dikenapasti dikatakan berlegar di ruang udara Amerika Syarikat (AS) dan China dan telah menimbulkan ketegangan antara kedua negara tersebut.

Namun, berita susulan terbaru dilaporkan bahawa pegawai tentera AS percaya objek terbang adalah bukan daripada China.

Justeru, ketegangan dilihat kembali mereda semula dan mengubah sentimen pasaran ke arah risk-on semula.

Ini menjadi faktor mata wang safe-haven seperti Yen dan US dolar mengalami penyusutan nilai di awal minggu ini.

Disebabkan itu, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY contohnya, telah mengalami lonjakan semula.

Pada dagangan Isnin semalam, kenaikan harga dipaparkan bermula dari pembukaan sesi Asia sehinggalah ke sesi Eropah dan New York. Di penghujung sesi New York, barulah terlihat sedikit penurunan semula.

Setelah minggu lalu harga jatuh menguji zon sokongan pada 140.00, kenaikan diperlihatkan semula semalam mencapai ketinggian 142.300.

Kenaikan harga berkemungkinan diteruskan untuk menguji rintangan pada zon 143.00 yang hampir dicapai pada kenaikan minggu lalu.

Jika harga berjaya tembusi zon rintangan tersebut, kenaikan harga bakal diteruskan menuju ke paras tumpuan seterusnya yang berada pada 145.00.

Namun, secara gambaran pergerakan lebih besar, harga masih bergerak dalam satu zon yang mendatar.

Penurunan boleh berlaku semula dan akan menyaksikan zon sokongan pada 140.00 bakal diuji sekali lagi seperti minggu-minggu sebelum ini.

Jika harga berjaya terjun tembus lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke zon support utama pada 137.500 sekaligus catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat