Carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah memaparkan lonjakan harian sekitar 150 pips pada pembukaan pasaran awal minggu semalam.
US dolar kembali didagangkan lemah semula bermula di sesi Eropah dan berterusan ke sesi New York dan turut ditekan oleh bacaan data tinjauan sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) yang merosot.
Ini juga akan menambahkan lagi faktor bagi jangkaan Federal Reserve (Fed) yang semakin perlu untuk memperlahankan dasar monetari mereka menuju mesyuarat FOMC yang terbaru.
Pound akhirnya mendapat ruang untuk ‘bernafas’ semula untuk kembali didagangkan di paras ketinggian 10 minggu berbanding US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-terjun-semula-44
Dapat diperhatikan pada carta harga pasangan GBP/USD semalam, harga pada mulanya bergerak turun di bawah paras 1.23000 pada sesi Asia.
Namun, lonjakan dipamerkan kembali pada sesi Eropah sehingga harga kembali mencapai zon rintangan 1.24000 di penghujung sesi New York.
Paras tersebut juga adalah ketinggian yang dicapai pada dagangan penghujung minggu lalu dan harga berlegar perlahan menyambung pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa) di sekitar tersebut.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan lagi hari ini selepas harga turut melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD semalam memberi petanda bullish.
Kenaikan harga jika diteruskan akan mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sasaran untuk menuju pula 1.25000.
Namun, tidak mustahil jika berlaku penurunan semula harga sekiranya terdapat faktor yang mengukuhkan kembali US dolar atau menyusutkan Pound.
Harga boleh susut semula ke zon 1.23000 dengan reaksi harga pada zon tersebut akan diperhatikan untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Jika tembus lebih rendah, harga akan kembali menuju zon RBS (resistance become support) tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.22000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG