Harga Pengeluar Catat Kejatuhan Pada Bulan Jun! Apakah Ia Sesuatu Petanda Yang Baik?

729

Harga pengeluar Amerika Syarikat (A.S) tanpa disangka menunjukkan kejatuhan pada bulan Jun berikutan peningkatan harga kos untuk barangan tenaga diimbangi dengan kelemahan harga dalam sektor perkhidmatan. Hal ini membawa indikasi bahawa inflasi yang lemah seharusnya membolehkan the Fed terus menambah rangsangan monetari ke dalam aliran ekonomi.

Namun dalam masa yang sama, deflasi bukanlah sesuatu yang diingini kerana ekonomi sedang berhadapan dengan tekanan dalam permintaan disebabkan oleh pandemik Covid-19. Deflasi iaitu penurunan harga secara umum semasa kemelesetan ekonomi adalah berbahaya kerana pengguna dan perniagaan mungkin menangguhkan pembelian dengan jangkaan harga akan jatuh lebih rendah.

Menurut pakar ekonomi di MUFG New York, Chris Rupkey berpendapat bahawa adalah the fed harus berusaha mengawal inflasi agar tidak jatuh lebih buruk dan kadar faedah perlu tetap berada pada tahap yang sangat rendah untuk beberapa tahun ke hadapan.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.505 setakat jam 11.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat