Harga Pengguna Zon-Eropah Sah Di Paras 1.40%

35

Harga pengguna (CPI) Zon-Eropah sah berada di paras 1.4% pada Mei tidak berubah daripada bacaan awal (flash) dan juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Bacaan tahunan merosot dari 1.9% kepada 1.8% pada tempoh sama.

Inflasi teras (Core-CPI) tidak berubah dari bacaan awal di paras 0.9% berbanding 1.2% yang dicatat pada April dan 0.8% pada Mei 2016.

Harga dalam komponen tenaga jatuh 1.2% pada tempoh sama dengan bacaan tahunan semakin perlahan kepada 4.5% dari 7.6%.

Harga barangan perindustrian meningkat 0.3% dalam tempoh 12 bulan sehingga Mei 2017, tidak berubah dari sebelum ini, di mana harga sektor perkhidmatan meningkat 1.3% pada tempoh sama berbanding 1.8% yang dicatat pada bulan sebelum itu.

Pada mesyuarat Jun ECB, bank pusat Eropah telah menurunkan ramalan inflasi dari 1.7% kepada 1.5% dan menyatakan ia disebabkan harga minyak mentah yang rendah.

Data secara keseluruhan terus menunjukkan tekanan inflasi masih lagi terhalang dan ECB akan terus mengekalkan pendirian yang berhati-hati.

Matawang Euro mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan Eur/Usd ketika ini sedang didagang di sekitar 1.1170 jatuh dari paras tertinggi Jumaat 1.1183.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat