Harga ‘Reverse’ Di Hujung Minggu, Trend EUR/USD Berubah Di Awal April?

237

US dolar menutup dagangan pada penghujung minggu lalu dengan memaparkan pengukuhan, dan mengurangkan sedikit kerugian yang dialami sebelumnya.

Namun tidak mengejutkan pasaran apabila para penganalisis telah pun menjangkakan bakal berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking) terhadap US dolar yang mengekalkan corak penurunan selama 5 minggu berturut-turut.

US dolar masih dijangka berisiko untuk melemah semula setelah data perbelanjaan peribadi pengguna yang diterbitkan untuk bulan Mac adalah lebih rendah daripada ramalan, semakin menyokong Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan dasar monetari setelah krisis perbankan melanda.

Mata wang anti-USD iaitu Euro antara yang ketara mengalami tekanan pada penghujung minggu lalu setelah bacaan inflasi zon Eropah yang diterbitkan untuk bulan Mac catatkan angka lebih rendah berbanding jangkaan.

Ini akan sedikit menyukarkan bank pusat Eropah (ECB) untuk melanjutkan langkah pengetatan dasar monetari.

Memberi tumpuan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga paparkan corak penurunan pada Jumaat lalu dari zon rintangan 1.09200 sehingga menyentuh paras tumpuan 1.08000 pada dagangan yang bersambung pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin).

Penurunan harga yang turut melepasi sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD mencadangkan perubahan pergerakan harga yang lebih bearish.

Jika US dolar kekalkan pengukuhan dan menekan harga jatuh lebih rendah di bawah paras 1.08000, penurunan dilihat boleh dilanjutkan menuju zon sokongan seterusnya pada 1.07000.

Namun jika harga gagal turun lebih rendah sebaliknya kembali melantun semula, zon rintangan yang diuji minggu lalu akan kembali dicapai.

Selepas melepasi zon rintangan tersebut dan harga turut bergerak di atas paras sokongan MA50 semula, trend bullish harga sebelum ini bakal diteruskan dengan sasaran untuk dituju adalah pada ketinggian 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat