Harga Saham Melambung, Rubberex Tawar Saham Baru!

772

Rubberex Corp Bhd merupakan salah sebuah syarikat pembuatan sarung tangan getah di Malaysia dan tersenarai dalam Bursa Malaysia sejak 1997. Terbaru, syarikat tersebut sedang berusaha untuk mengumpulkan dana bernilai RM31 juta bagi memperluaskan lagi pengeluaran sarung tangan getah mereka melalui penawaran saham baru.

Semalam, saham Rubberex telah mencatatkan peningkatan sebanyak 28 sen serta ditutup pada paras tertinggi iaitu RM1.78. Untuk pengetahuan semua, syarikat berkenaan telah merekodkan peningkatan harga saham sebanyak 180% pada tahun ini berikutan dengan penularan wabak pandemik, COVID-19.

Menurut Rubberex, syarikat itu telah bercadang untuk melaksanakan penawaran kira-kira 25.219 juta saham baru, atau 10% dari jumlah saham terbitannya. Selain itu, saham tersebut  akan ditawarkan pada harga RM1.23 setiap satu serta diselesaikan pada suku ketiga. Tambahan daripada itu, Rubberex bakal memperoleh pendapatan kasar sebanyak RM30.7 juta dari pelaksanaan ini sekaligus membolehkan mereka membiayai sebahagian rancangan pengembangannya.

Baki sebanyak RM59.3 juta dari keseluruhan kos pengembangan yang bernilai RM90 juta, akan dibiayai oleh hasil penawaran saham sebelum ini sebanyak RM15.5 juta, pelupusan operasi pembuatan di China tahun lalu sebanyak RM42.1 juta, bank serta dana dalaman berjumlah RM1.7 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat