Harga Shiba Inu Tiba-Tiba Meroket 20% Selepas Pengumuman Ini!

808

Aset kripto Shiba Inu yang terkenal sebagai DOGE Killer sebentar tadi meroket melebihi daripada 20% selepas aplikasi pembrokeran Robinhood menyatakan bahawa mereka telah menyenaraikan token meme popular, bersama-sama dengan tiga aset kripto lain. Gesaan para komuniti dalam beberapa bulan ini telah dilihat membuahkan hasil.

Token kripto yang bertemakan anjing, Shiba Inu telah melonjak sebanyak 21% kepada paras dagangan $0.000028 dalam tempoh 24 jam yang lalu, berdasarkan data dari CoinMarketcap.

Robinhood turut menyenaraikan tiga aset kripto lain termasuklah token platform pinjaman berkompaun terdesentralisasi COMP yang melonjak hampir 7%, Solana melonjak melebihi 5% dan Matic melonjak melebihi 3%.

Dengan ini Robinhood telah memiliki sembilan pilihan aset kripto termasuk Bitcoin, Bitcoin Cash, Dogecoin, Ethereum, Ethereum Classic dan Litecoin.

Sebelum ini, komuniti Shiba Inu telah lama mendesak untuk penyenaraian token ini di Robinhood. Petisyen daripada Change.org untuk mendapatkan SHIB pada Robinhood menerima hampir 560,000 tandatangan. Token itu melonjak lebih daripada 40,000,000% pada tahun 2021, manakala ia telah kehilangan 32.7% pada tahun ini setakat ini.

Steve Quirk, ketua pegawai broker di Robinhood dalam catatan terbaru menyatakan, ” sebagai syarikat yang mengutamakan keselamatan, kami mempunyai rangka kerja yang ketat untuk membantu kami menilai aset untuk penyenaraian, dan kami tetap komited untuk menyediakan platform kripto yang selamat”.

Bitcoin setakat ini 2.06% lebih rendah daripada 24 jam yang lalu pada sekitar $40,035, manakala ethereum merosot 0.1% kepada sekitar $3,027.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat