Harga Sukar Tembusi Support ¥140.00, Peminat EUR/JPY Kena Ambil Tahu

224

Carta harga pasangan mata wang EUR/JPY memperlihatkan lantunan semula selepas terjunan berlaku, dengan krisis perbankan serta keputusan mesyuarat bank pusat Eropah menjadi faktor penggerak harga.

Sebelum ini, krisis keruntuhan bank di Amerika Syarikat (AS) yang merebak ke Eropah telah memberi kesan penyusutan Euro, sementara Yen juga mengukuh berikutan permintaan terhadap safe-haven meningkat dalam suasana pasaran yang berisiko.

Namun, tindakan bank-bank gergasi lain yang cuba untuk membantu memberi sokongan kewangan kepada bank yang terkesan sedikit meredakan semula panik yang melanda pasaran.

Sementara itu, European Central Bank (ECB) yang bertindak menaikkan kadar faedah kepada 50 mata asas pada mesyuarat polisi semalam dilihat memberi kesan bercampur terhadap mata wang Euro.

Ketika keputusan mesyuarat, Euro alami penyusutan dahulu sebelum kembali stabil meningkat semula menuju ke penghujung sesi New York.

Jadi, jika diamati pada pergerakan harga di carta EUR/JPY, penurunan harga dilihat gagal menembusi paras 140.00 yang menjadi paras support buat harga.

Ketika reaksi mesyuarat ECB semalam juga, harga turun menguji paras tersebut namun kembali melantun semula.

Menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat), harga mendatar sepanjang sesi Asia sehingga memasuki pembukaan sesi Eropah di sekitar 141.600 dengan paras Moving Average 50 (MA50) juga diuji pada pergerakan di timeframe 1 jam carta EUR/JPY itu.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan selepas lantunan semalam, berkemungkinan paras 145.00 akan dicapai semula selepas terjunan harga pada Rabu lalu bermula di sekitar tersebut.

Setelah isyarat bullish lebih jelas dapat diperhatikan, harga boleh dijangka untuk menuju zon 146.500 atau mencapai 148.00 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 5 bulan.

Namun jika harga kembali menyambung penurunan semula, paras support 140.00 akan diuji sekali lagi dan reaksi harga akan diperhatikan.

Jika tembus lebih rendah, harga akan meneruskan trend bearish dan jangkaan penurunan boleh mencecah ke sekitar 137.500 atau 136.600.

Pelabur akan memerhatikan terbitan data inflasi Eropah pada jam 6 petang ini waktu tempatan yang dilihat boleh memacu pergerakan mata wang Euro di sesi-sesi akhir ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat