Harga Tembaga Capai Paras Tertinggi Dua-Tahun Lalu

688

Pasaran hadapan tembaga (copper) naik ke paras tertinggi selepas mendapat keuntungan selama empat sesi dagangan berturut-turut yang membawa komoditi ini ke paras tertinggi dua tahun lalu.

Kenaikan yang direkod oleh tembaga pada Rabu berikutan laporan dari China yang mempertimbangkan untuk mengharamkan import besi buruk seawal hujung tahun hadapan. Jika China menjalankan halangan terhadap import besi buruk, permintaan terhadap tembaga akan meningkat seterusnya menolak harga lebih tinggi.

Menurut Antaike, halangan ini adalah termasuk besi buruk yang mengandungi wayar dan komponen enjin yang mana berjumlah 3.35 tan dari import 300,000 tan keseluruhan ke China. Tetapi impaknya dijangka berkurangan jika China beralih kepada gred besi buruk yang lain sebagai pengganti. Untuk rekod, China merupakan pengimport terbesar tembaga dunia.

Selepas laporan pengharaman import besi buruk ini, tembaga didagang ke paras tertinggi ditambah lagi dengan data ekonomi positif di China. Tembaga dilihat membuat tren kenaikan tahun ini menunjukkan aktiviti ekonomi China yang positif.

Tembaga ketika ini telah naik 5% sejak awal minggu ini dan didagang di paras tertinggi dua-tahun lalu. Jumlah dagangan minggu ini juga mencapai paras tertinggi beberapa bulan yang lalu. Harga tembaga di China naik 0.58% dalam sesi penutupan pasaran hari ini.

Dalam perkembangan lain, Reuters melaporkan pengeluaran tembaga oleh Antofagasta naik 7.1% pada separuh pertama tahun ini. Mereka diramalkan mengeluarkan 650,000 sehingga 720,000 tan tembaga tahun ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat