Hasil Terlalu Tinggi, RBA Gandakan Pembelian Bon Harian

501

Bank pusat Australia menggandakan ukuran program pelonggaran kuantitatif hariannya, dengan mengumumkan akan meningkatkan pembelian bon dari $2 bilion menjadi $4 bilion pada hari ini.

Susulan pengumuman tersebut, hasil bon kerajaan 10 tahun turun kepada 1.61% daripada 1.72%. Hasil 10 tahun telah meningkat kepada 1.95% pada Khamis lalu ketika bon habis dijual. Sementara hasil 5 tahun pula diperdagangkan pada 0.70%.

Para penggubal dasar RBA yang akan mengadakan mesyuarat polisi pada hari Selasa, mungkin akan mempertimbangkan untuk meningkatkan program pelonggaran kuantitatifnya bagi mengawal peningkatan hasil bon supaya sejajar dengan tahap sasaran mereka.

Bank pusat menetapkan sasaran hasil bon kerajaan 3 tahunnya pada tahap 0.10%.

Bagaimanapun, menurut penganalisis dari bank-bank Australia, mereka tidak menjangkakan RBA akan memperluaskan ukuran program pelonggaran kuantitatifnya secara keseluruhan, tetapi mungkin lebih fleksibel dalam jumlah pembelian bon hariannya.

Pada sesi dagangan hari ini, dolar Aussie didagangkan mendatar di sekitar paras harga 0.7760 berbanding US dolar, selepas menunjukkan sedikit pemulihan pada pembukaan awal sesi Asia.

Pada Khamis minggu lalu, bank pusat telah membeli bon kerajaan 3 tahun bernilai $3 bilion di pasaran sekunder, tiga kali ganda daripada jumlah yang dibelinya pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat