“Alaaa sedih, maksudnya harga XRP akan turun lagi la?”
Jungle, seorang penganalisis terkemuka dalam komuniti mata wang kripto Ripple (XRP) mendedahkan bahawa sebenarnya orang yang percaya beliau telah menentang aset digital itu sama sekali adalah tidak benar.
Hal ini kerana Jungle sebelum ini telah mengakui kemenangan yang dicapai oleh XRP dalam pertempuran undang-undang, tetapi beliau berkata pula berkata bahawa ia hanyalah permulaan proses penyembuhan untuk pasaran kripto.
Tambah Jungle lagi, para pelabur harus berhati-hati ketika tahun 2023 memasuki penghujung susulan beliau tidak percaya XRP akan membuat pergerakan menakjubkan pada akhir tahun ini.
Selain faktor ekonomi sebagai asas keraguannya, penganalisis itu turut menegaskan iklim kewangan semasa telah menjadi sebab XRP perlu mengharungi pelbagai cabaran ditambah pula Federal Reserve (Fed) yang ingin menaikkan kadar faedah.
Rentetan itu, Jungle berpandangan keadaan tersebut bukanlah masa sesuai untuk membenarkan XRP berkembang dengan teguh pada tahun 2023.
Meskipun begitu, Jungle yang berkongsi beberapa perkembangan positif untuk pasaran kripto telah menyerlahkan pemacu utama yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan jangka pendek aset digital.
Antara beberapa faktor itu adalah penglibatan institusi gergasi seperti BlackRock dan Fidelity dalam mendapatkan pelabur baharu, potensi kemajuan dalam peraturan kripto dan kepentingan BTC halving yang akan berlaku pada awal tahun 2024.
Bukan itu sahaja, XRP turut berpotensi berkembang susulan daripada pembangunan berterusan XRP Ledger (XRPL) dan keupayaan pasaran automatik pada XRPL tetapi harganya pada masa ini masih menyaksikan junaman 1.77% pada paras $0.47.