Ahli Kongress Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Tom Emmer (R-MN) mendakwa bahawa matawang terbesar dunia iaitu Bitcoin mampu untuk bertahan meskipun ekonomi global berdepan dengan krisis terburuk akibat daripada penularan wabak COVID-19.
Lebih mengejutkan ialah Bitcoin didakwa akan semakin utuh setelah krisis berkenaan menemui penamatnya. Tambahan daripada itu, matawang tersebut dan teknologi blockchain dijangka akan mencapai kemajuan bahkan mempunyai nilai yang tidak pernah disangka-sangka! Oleh yang demikian, para pelabur bakal sanggup untuk berhadapan dengan pelbagai risiko untuk mendapatkannya. Hebat sungguh penangan Bitcoin pada kali ini!
Seterusnya, masa depan Bitcoin dikhabarkan cerah setelah pengawal selia Amerika Syarikat memberi kelulusan kepada pihak bank untuk menyokong penggunaan matawang kripto minggu lalu. Contohnya, Pejabat Pengawal Matawang secara rasminya telah meluluskan bank-bank untuk menyimpan matawang kripto seperti Bitcoin pada 22 Julai yang lalu.
Untuk pengetahuan semua, Emmer telah memperoleh popular kerana menyatakan sokongannya terhadap inovasi matawang kripto. Pada awal tahun ini, beliau telah menzahirkan keprihatinannya berhubung isu peraturan yang menyekat inovasi. Sebelum itu, anggota congress tersebut telah meminta para pemerintah untuk mendedahkan tentang peraturan yang dikuatkuasakan untuk industri matawang kripto.
Selain itu, pada bulan Mac 2020, seorang pelabur jutawan dan penyokong teknologi blockchain, Tim Draper juga telah meramalkan bahawa Bitcoin akan menjadi salah satu indicator yang paling penting untuk pulih dari krisis kewangan global.