Hebat! Reserve Right (RSR) Pamer Prestasi Gemilang, Hasilkan 100% Lonjakan!

452

Reserve Right yang merupakan stablecoin dwi-token ini telah mempamerkan prestasi yang baik sejak kebelakangan ini.

Kedudukan ke-114 dalam pasaran, Reserve Right mencatatkan paras tertinggi sekitar $0.034 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Reserve Right memulakan pergerakan harga secara drastik di penghujung bulan Julai menghasilkan 100% lonjakan secara positif.

Kini memiliki permodalan pasaran lebih $400 juta dengan jumlah dagangan mencatatkan lebih $50 juta dalam tempoh 24 jam terakhir.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga RSR/USDT,

Pergerakan harga RSR telah mempamerkan lonjakan lebih 100% telah menjadi perhatian para pelabur.

Pandangan sudut teknikal, RSR kini dilihat bergerak secara lemah samada membuat correction atau meneruskan penurunan untuk menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $0.030.

Bagi jangkaan seterusnya, sekiranya RSR kekal menunjukkan corak penurunan, zon RBS sekitar $0.030 tersebut bakal diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Sebaliknya, jika RSR kembali menunjukkan corak kenaikan, zon resistance sekitar $0.033 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji kembali sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau mencatatkan paras tertingi terbaru.

Ketika penulisan, RSR didagangkan sekitar harga $0.03 susut lebih 7% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto RSR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat