Hei Tepi Sikit, Jepun Nak Bangkit Jadi Kuasa Ekonomi Dunia Ni!

1,584

‘Kalau dalam anime, situasi ni serupa macam watak utama mula nak bangkit lawan musuh.’

Ekonomi Jepun dilihat sedang mula menampakkan pemulihan dengan penilaian keseluruhan dikekalkan daripada unjuran bulan lepas tatkala aktiviti pengeluaran kilang negara tersebut diramalkan meningkat.

Perkara tersebut dirujuk daripada laporan ekonomi bulanan Jepun yang menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Fumio Kishida mengalami ‘peningkatan sederhana’.

Ulas, Pejabat Kabinet Jepun dengan optimisnya mengatakan ekonomi meningkat secara sederhana dan lebih cepat dari jangkaan tatkala mereka sedang mempersiapkan diri menghadapi perubahan sosioekonomi akibat Covid-19.

Dalam laporan yang sama, kerajaan Jepun dilihat meningkatkan penilaian terhadap pengeluaran kilang negara bagi bulan Ogos memandangkan terdapat trend pemulihan selepas sekatan Covid-19 China dikurangkan.

Menurut catatan yang terkandung dalam laporan tersebut, pengeluaran memperlihatkan tanda-tanda peningkatan pertama dalam tempoh 7 bulan pada Julai dengan penilaian komponen utama ekonomi dikekalkan dari bulan lepas.

Selain itu, pengguna swasta yang menyumbang lebih separuh daripada ekonomi Jepun turut memperlihatkan peningkatan sederhana dengan pengguna sudah lali hidup bersama coronavirus.

Sungguhpun begitu, laporan tersebut turut menggariskan kebimbangan risiko kemelesetan global ekoran trend pengetatan monetari seluruh dunia dalam usaha menjinakkan inflasi tatkala isi rumah menghadapi pertumbuhan gaji perlahan.

Mencerap satu perenggan dalam laporan tersebut mengatakan bahawa pelaksanaan pengetatan pasti akan memberi kesan dan menambah risiko yang boleh membenamkan ekonomi Jepun.

Setakat ini ekonomi Jepun telah melantun semula pada 2.2% tahunan pada April-Jun berbanding tempoh sama ketika penyebaran Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat