Helium (HNT) Juara Utama Minggu Ini, Catat Lonjakan Lebih 30%!

232

Helium (HNT) telah menjadi tumpuan sektor kripto pada minggu ini setelah mencatatkan lonjakan lebih 30% daripada nilai terendah harian, $13.8 kepada $18.55.

Peningkatan nilai aset ini didorong oleh penjualan token yang berjaya mengumpulkan sebanyak $111 juta daripada sekumpulan pelabur termasuk Andreessen Horowitz (a16z), Alameda Research, Multicoin Capital, dan Ribbit Capital.

Serba ringkas mengenai Helium, ia diasaskan pada 2013 oleh Shawn Fanning, Amir Haleem, dan Sean Carey dengan tujuan menggunakan teknologi blockchain untuk mewujudkan rangkaian peer-to-peer tanpa wayar pertama dunia.

Pengasas Alameda Research, Sam Bankman-Fried menyifatkan Helium sebagai satu peluang besar untuk meluaskan penggunaan 5G sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan penduduk dunia.

Tiga sebab utama kepada kemampanan rangkaian Helium:

  1. Pertumbuhan ekosistem nod yang menyediakan liputan kepada rangkaian

Pada Julai, rangkaian Helium berjaya menyaksikan pertumbuhan rangkaian nod yang melepasi angka 100,000. Pada masa yang sama, peningkatan permintaan hotspot telah menghasilkan lebih daripada 50 aplikasi pengeluar hotspot dihantar melalui proses Helium Improvement Proposal (HIP) 19.

Menariknya, pertumbuhan rangkaian tersebut semakin galak dengan pengenalan hotspot terbaru membabitkan hotspot ‘Light’ dan hotspot data sahaja. Setakat 10 Ogos, sebanyak 117,377 nod beroperasi di rangkaian Helium dengan majoritinya daripada Amerika Syarikat (AS), Eropah, dan China.

  1. Rakan data yang baharu turut serta dalam rangkaian

Rangkaian Helium menyaksikan penyertaan baru beberapa rakan data ke dalam ekosistem ini. Antara firma terbaharu yang menyertai mereka ialah pengeluar penjejak GPS, Invoxia. Selain daripada itu termasuklah Salesforce, Conserv, Smart Mimic, dan myDevices.

Dengan peningkatan jumlah nod bermakna lebih banyak syarikat akan menyertai rangkaian Helium.

  1. Faktor pengurangan bekalan kitaran HNT

Peningkatan harga HNT juga dilihat berpunca daripada proses halving yang berlaku secara bulanan. Baru-baru ini rangkaian itu telah mengurangkan pengeluaran HNT daripada 5 juta kepada 2.5 juta.

Tidak cukup dengan itu, pihak Helium juga telah memperkenalkan pengesah staking pada 23 Julai sekaligus turut menjadi pendorong kepada peningkatan harga HNT.

Helium menawarkan projek yang lumayan dari aspek penggunaannya di dunia nyata dan potensinya untuk berkembang dalam jangka masa panjang dan pendek.

Ketika penulisan, HNT didagangkan pada $18.17, mencatatkan peningkatan lebih 26% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat