“Wahhh nampkanya Honda pun dah sertai kripto, pengeluar kereta lain bila lagi?”
Pengeluar gergasi kereta Jepun, Honda yang akhirnya menyertai pasaran mata wang kripto telah mengaplikasikan beberapa aset digital termasuk Ripple (XRP) dan Shiba Inu (SHIB) sebagai pilihan pembayarannya.
Honda telah memeterai perjanjian bersama sistem pembayaran blockchain dipanggil FCF Pay untuk membenarkan para pelanggan memajak atau membeli produk syarikatnya melalui kripto dan bukannya fiat.
Selain XRP dan SHIB, antara aset digital lain yang diterima oleh Honda ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Polkadot (DOT) dan beberapa memecoin seperti Pepe Coin (PEPE), Floki Inu (FLOKI), Bone ShibaSwap (BONE) serta Doge Killer (LEASH).
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aset digital disebutkan di atas itu telah muncul sebagai top trend dalam pasaran kripto susulan kebanyakan pelabur didapati lebih berminat melabur dalam memecoin berbanding kripto lain.
Pada sisi berbeza, SHIB telah semakin diminati ramai pada awal minggu ini apabila FCF Pay turut bekerjasama dengan syarikat tenaga berpangkalan di Texas Chariot Energy untuk membolehkan penduduk tempatan membayar bil panel solar dalam memecoin.
Bukan itu sahaja, pelanggan layak dari bank besar British HSBC juga dapat menyelesaikan bil gadai janji dan pinjamannya dalam pelbagai kripto termasuk XRP dan SHIB.
Pada masa ini, harga SHIB menggunung kira-kira 2.61% pada paras $0.000007 dengan modal pasaran $4 bilin kemudian mencatatkan lonjakan 2.84% sepanjang minggu lepas.