Hong Kong ‘Dihantui’ Gelombang Keempat Covid-19

347

Hong Kong akan mengenakan sekatan sosial baru dan meminta kebanyakan pelajar tinggal di rumah kerana kes jangkitan Covid-19 tempatan didakwa meningkat dalam tempoh 3 bulan serta menandakan kemunculan gelombang baharu.

Di samping itu, bandar berkenaan juga melaporkan 26 kes jangkitan baru pada hari Jumaat dan sebanyak 21 kes adalah jangkitan tempatan manakala 9 daripadanya tidak dapat dikesan. Tambahan daripada itu, pemerintah turut mengesan lebih dari 40 kes jangkitan awal yang masih menunggu pengesahan.

Selain itu, lonjakan kes tempatan itu juga terjadi di negara Asia yang lain, termasuk Jepun dan Korea Selatan, ditambah lagi dengan kebimbangan tentang keadaan semakin buruk ketika musim sejuk.

Oleh yang demikian, kelas untuk peringkat sekolah rendah 1 hingga 3 akan ditangguhkan dari 23 November selama 2 minggu. Manakala tadika dan taman asuhan kanak-kanak ditangguhkan sejak seminggu yang lalu kerana wabak jangkitan saluran pernafasan dan risiko penularan coronavirus semakin meningkat. Walau bagaimanapun, masih tiada pelajar atau kakitangan sekolah yang disahkan positif Covid-19.

Menurut Setiausaha Makanan dan Kesihatan, Sophia Chan, sebelum ini, penularan wabak di Hong Kong telah menunjukkan penurunan dengan kadar yang cepat dan para pakar mengatakan bahawa gelombang keempat tidak dapat dielakkan. Jadi, mereka akan menjalankan langkah-langkah pencegahan untuk mengawal penularan wabak berkenaan, tetapi situasi terkini dilihat semakin parah.

Keadaan yang lebih buruk itu dikhabarkan berlaku 2 hari sebelum bekas jajahan Britain berkenaan dijadualkan melancarkan perjalanan udara dengan hab kewangan Singapura, di mana perjalanan bebas pertama di dunia telah dibuka untuk semua penduduk.

Oleh yang demikian, ianya akan ditangguhkan selama 2 minggu setelah 7 hari kes tempatan yang tidak dapat dikesan di kedua-dua didapati meningkat. Selama 7 hari terakhir, Hong Kong mencatatkan 15 kes tempatan yang tidak dapat dikesan, mendekati kadar berbahaya iatu sebanyak 35 kes jangkitan tempatan.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat