HSBC Kini Menurunkan Unjuran Kenaikan Kadar AS Bagi Tahun 2017

50

Penganalisis ekonomi di HSBC mengubah pandangan mereka terhadap jangkaan kenaikan kadar Amerika Syarikat. Kini, bank tersebut hanya menjangkakan dua lagi kenaikan kadar tahun ini, berbeza dengan ramalan sebelum ini.

Pandangan ini dibuat selari dengan pergerakan terkini pasaran. Walaupun masih dovish dengan prospek peningkatan kadar, angka ini bagaimanapun dijangka tidak akan melebihi sekurang-kurangnya 1.625 peratus pada akhir tahun depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, HSBC menukar ramalan mereka dengan jangkaan kenaikan ramalan seterusnya pada bulan Jun dan September disebabkan perubahan sentimen dalam kalangan ahli jawatankuasa FOMC.

Selain itu, bank HSBC juga meramalkan bahawa Fed akan menaikkan kadar sekali lagi pada suku pertama tahun depan seperti yang telah diramal sebelum ini sebelum menilai kesan dasar monetari yang agak ketat ke atas ekonomi.

Jangkaan ini disuarakan oleh penganalisis ekonomi di HSBC.

Sebelum ini, Fed telah menaikkan kadar dana persekutuan pada awal bulan ini untuk kali yang ketiga sejak tahun 2006. Fed telah mengambil keputusan untuk menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 1.00 peratus.

Jerman Bimbang ‘Hard Brexit’ Bakal Mencetuskan Pergolakan di dalam Pasaran Kewangan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat