Jerman Bimbang ‘Hard Brexit’ Bakal Mencetuskan Pergolakan di dalam Pasaran Kewangan!

45

Salah sebuah akhbar Jerman melaporkan pada Isnin bahawa Kementerian Kewangan Jerman bimbang ‘hard Brexit’ akan mencetuskan pergolakan terhadap pasaran kewangan.

Handelsblatt Daily melaporkan satu analisis risiko yang dijalankan ke atas Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa jika Britain dan EU tidak memuktamadkan satu perjanjian perdagangan bebas, ia akan menambah risiko kepada kestabilan pasaran kewangan.

Kementerian terbabit juga bimbang sekiranya tempoh rundingan selama dua tahun di antara Britain dan EU tidak mencukupi bagi memuktamadkan sebarang perjanjian perdagangan bebas.

Justeru, penganalisis menggesa kedua-dua pihak untuk mencari penyelesaian sementara.

Memetik laporan berkenaan, keputusan untuk keluar dengan mendadak akan menyebabkan ‘perubahan lokasi’, disamping bank-bank Britain tidak lagi boleh menawarkan perkhidmatan mereka di Kesatuan Eropah. Dalam masa yang sama, Kesatuan Eropah juga tidak lagi mempunyai akses kepada pusat kewangan London.

Tindakan ini sekali gus akan menguburkan ekonomi dan kesan sistematik.

Buat masa ini, Jerman dikatakan mempunyai minat yang begitu tinggi untuk menjalinkan kerjasama bersepadu dengan pasaran kewangan Britain. Namun begitu, London perlu memenuhi syarat kawal selia yang ketat dan menerima kebebasan asas dari EU.

Kerajaan Jerman juga menyentuh soal bajet EU, dan mahu Britain berjanji untuk mematuhi semua syarat rundingan termasuk bayaran untuk mendapatkan akses ke pasaran Eropah.

Pasaran Minyak Mentah Resah Menanti Dua Laporan Penting Minggu Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat