Pasaran Minyak Mentah Resah Menanti Dua Laporan Penting Minggu Ini

68

Harga minyak mentah meningkat semula di Asia menjelang pengumuman data industri minyak mentah yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sementara itu, seorang pegawai Agensi tenaga Antarabangsa yang berpengkalan di Paris (IEA) menunjukkan permintaan yang kukuh dari Asia.

Pengarah Pasaran Tenaga dan Direktori Keselamatan, Keisuke Sadamori, memberitahu CNBC bahawa pertumbuhan permintaan yang sangat kukuh dan penurunan bekalan akan meningkatkan keperluan import di benua Asia.

Minyak di New York Merchantile Exchange bagi penghantaran Mei meningkat sebanyak 0.50 peratus kepada $47.97 setong. Di Intercontinental Exchange London, Brent mentah melonjak sebanyak 0.37 peratus kepada $51.09 setong.

Institut Petroleum Amerika Syarikat akan mengumumkan anggaran stok minyak mentah dan produk tapisan bagi minggu lepas, diikuti dengan data rasmi daripada Jabatan Tenaga Amerika Syarikat pada Rabu.

Semalam, harga komoditi ini jatuh kerana pelabur mempersoalkan sejauh mana OPEC benar-benar serius untuk melanjutkan usaha pemotongan minyak mentah apabila perjanjian ini berakhir Jun ini.

Kebimbangan terhadap lebihan inventori juga mempengaruhi sentimen walaupun OPEC dan non-OPEC mencadangkan untuk membekukan bekalan selama enam bulan lagi.

Pelabur juga dinilai bimbang jika kenaikan mendadak syal di Amerika Syarikat boleh menjejaskan usaha OPEC untuk mengimbangi semula jumlah bekalan di dalam industri, selepas laporan pada minggu lepas mendedahkan stok simpanan minyak mentah meningkat kepada paras tertinggi iaitu sebanyak 533.1 juta tong.

Emas Merekodkan Kejatuhan Setelah dinilai Lebih Tinggi Semalam

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat