Emas Merekodkan Kejatuhan Setelah dinilai Lebih Tinggi Semalam

48

Harga emas mula menjunam pada hari Selasa sambil pelabur mencerna data yang menunjukkan import bersih emas China dari Hong Kong melonjak sebanyak 50.8 peratus pada bulan Februari.

China dan India merupakan pengimport emas terbaik di dunia walaupun sekatan terhadap import India telah menjejaskan permintaan. Di China sekatan terhadap pertukaran matawang yang bertujuan untuk memperlahankan kelemahan Yuan juga telah mendorong permintaan bagi emas.

Emas bagi penghantaran April menyusut sebanyak 0.19 peratus kepada $1,253.35 satu troy ounce manakala copper menurun sebanyak 0.15 peratus kepada $2,633 Pound gara-gara kebimbangan terhadap kekurangan bekalan berikutan mogok yang dilancarkan di lombong utama Chile dan Indonesia.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi apabila pelabur menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan Donald Trump dalam melaksanakan dasar-dasar pro pertumbuhan selepas pentadbiran beliau gagal menolak undang-undang penjagaan kesihatan.

Kebanyakan pelabur melarikan diri daripada perdagangan US Dollar kepada emas kerana mereka bimbang kegagalan ini mempenagruhi keputusan dalam dasar pertumbuhan yang lain.

US Dollar telah naik dengan mendadak selepas proses pilihanraya kerana para pelabur telah berhimpun kepada sentimen perdagangan yang dipanggil “Trumpflation” berikutan jangkaan bahawa pentadbiran beliau mampu meningkatkan perbelanjaan, mempercepatkan pembaharuan cukai dan inflasi.

Matawang Gergasi Tidak Mudah Mengaku Kalah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat