Huawei Bakal Bina Fasiliti Di England, Undang Kemarahan AS!

618

Huawei Technologies China mendedahkan bahawa pihaknya telah mendapat kebenaran untuk membina kemudahan penyelidikan dan pembangunan bernilai $1.2 juta dolar di England. Melalui kemudahan tersebut, seramai 400 pekerja diperlukan serta bakal menfokuskan kepada pengeluaran peranti optik untuk digunakan dalam sistem komunikasi gentian optik.

Tambahan daripada itu, Huawei turut menyatakan bahawa rancangan itu adalah sebahagian daripada usaha untuk membangunkan tapak seluas 500 hektar berhampiran Cambridge, sekitar 70km di utara London dan meningkatkan pelaburan di kawasan tersebut.

Menurut Wakil Presiden Huawei, Victor Zhang, UK merupakan sebuah pasaran terbuka dan lokasi strategik untuk meluaskan lagi sayap mereka.

Namun begitu, rancangan tersebut telah mencetuskan kemarahan Amerika Syarikat dan beberapa anggota parlimen Britain lalu mendorong Perdana Menteri Boris Johnson untuk mempertimbangkan semula keputusan melibatkan Huawei dalam rangkaian 5G Britain. Sekali lagi Washington menekankan bahawa peralatan Huawei boleh digunakan oleh Beijing untuk mengintip dan bakal merisikokan keselamatan negara berkenaan.

Walau bagaimanapun, para pegawai British sedang meninjau panduan khusus mengenai penggunaan teknologi Huawei kerana Amerika Syarikat telah pun menjalankan sekatan terhadap syarikat tersebut yang diumumkan pada bulan Mei. Keputusan akan dibuat dalam beberapa minggu akan datang.

Berdasarkan sebuah posting yang dimuatnaik oleh Menteri Luar Negeri AS, Keith Krach di laman twitternya, beliau mendakwa bahawa China menggunakan taktik yang serupa bagi meluaskan pengaruhnya dengan  sumbangan dana, menawarkan pekerjaaan kepada para graduan serta memalsukan  PR credentials mereka. Seterusnya, mereka akan menjalankan penindasan, paksaan dan mengeluarkan ‘taring sebenar’ mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat