Huawei Disenaraikan Sebagai Jenama Paling Bernilai Dunia Dalam Carta BrandZ.

797

Huawei menduduki tempat ke-47 dalam Top 100 Most Valuable Global Brands BrandZ yang diterbitkan oleh WPP.

Walaupun dihimpit dengan pelbagai isu, Huawei naik 1 anak tangga berbanding tahun lepas sebagai jenama paling bernilai dunia. Ini merupakan tahun keempat, Huawei berada dalam carta top 50.

Pada tahun ini Huawei telah mengeluarkan pelbagai produk inovasi seperti telefon pintar Huawei P30 yang memiliki sistem kamera yang canggih. Tidak sekadar itu, Huawei juga bakal mengeluarkan telefon pintar yang boleh dilipat iaitu Huawei Mate X.

Terkini Huawei berada pada tangga ke-2 dalam industri telefon pintar dunia, dibawah Samsung. Berdasarkan kajian oleh firma IDC, pertumbuhan penghataran telefon pintar Huawei telah meningkat melebihi 50% setahun.

Huawei terus komitmen dalam membangunkan teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat terutama kepada pengguna. Maka tidak hairan mengapa ia menjadi tumpuan dunia.

Sebagai contoh, Huawei AI mempunyai inisiatif baik untuk kehidupan dengan bagaimana kecerdasan buatan boleh menjadi teknologi transformatif apabila diterapkan untuk membantu kemanusiaan mengatasi cabaran dan meningkatkan peluang hidup.

Projek-projek terkini ialah termasuk menterjemahkan buku ke dalam bahasa isyarat untuk kanak-kanak pekak, membaca ekspresi muka untuk orang buta dan mendiagnosis masalah visual pada peringkat awal untuk rawatan yang berkesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat