Ibuprofen Akan Burukkan Lagi COVID-19!

930

Apakah itu ibuprofen? Ibuprofen merupakan sejenis dadah yang tergolong dalam kumpulan ubat anti keradangan tanpa steroid serta digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat artritis.

Selain itu, ianya sering digunakan untuk mengurangkan sakit otot, selesema, flu dan sakit pembedahan. Berdasarkan fungsi tersebut, kebanyakan individu mengambilnya apabila mula mengalami gejala COVID-19.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah dadah berkenaan dilaporkan bakal memburukkan lagi simptom virus membahaya itu. Oleh yang demikian, World Health Organization (WHO) telah mengeluarkan amaran supaya orang ramai mengelakkan pengambilan ubat tersebut.

Amaran yang dikeluarkan adalah berikutan dengan kajian yang dijalankan oleh Menteri Kesihatan Perancis, Oliver Veran yang menegaskan bahawa enzim yang dirangsang oleh ubat-ubatan anti radang seperti ibuprofen akan menjejaskan lagi jangkitan COVID-19.

Menurut jurucakap WHO, mereka akan terus meneliti isu berkenaan dan memberikan panduan lebih lanjut kepada orang ramai. Sementara itu, mereka menggalakkan pengambilan paracetamol dan elakkan penggunaan ibuprofen sebagai ubat.

Walau bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa jenis ubat. Hal ini demikian kerana paracetamol juga perlu dikawal pengambilannya kerana ia dapat merosakkan hati jika dimakan secara berlebihan.

Kesimpulannya, jangan panik jika anda mengalami simptom COVID-19. Jalani pemeriksaan di pusat perubatan yang berdekatan dan dapatkan rawatan sewajarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat