Ikuti Perkembangan Aussie dan Kiwi Bagi Sesi Dagangan Eropah Disini!

53

Dolar Australia meningkat lebih tinggi berbanding matawang US pada hari Khamis walaupun data jualan runcit Australia dilihat lemah.

AUD/USD meningkat 0.16% pada Khamis.

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

Australia Bereau of Statistics melaporkan peningkatan terhadap jualan runcit hanya sebanyak 0.1% pada bulan Jun.

Sementara itu, NZD/USD merekodkan penurunan kepada 0.7149. Angka ini disokong oleh data pekerjaan AS yang positif.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

Greenback kembali mengukuh selepas ADP berkata sektor swasta AS telah menambah bilangan 179,000 pekerjaan pada bulan lalu. Angka ini melepasi ramalan peningkatan sebanyak 170,000.

Walaupun tidak menggambarkan keputusan sebenar laporan pekerjaan kerajaan yang bakal diumumkan Jumaat ini, angka ini secara tidak langsung memberi gambaran positif buat sektor swasta.

Selain itu, US Dollar Index, dilapor meningkat 0.10% pada 95.59, jauh dari angka terendah sebelum ini.

Ingin tahu kerjasama baru yang terjalin diantara Rusia dan Turki? Klik pautan ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat