Ikuzo! Jepun Mulakan Dulu Pengujian Kad Plastik CBDC!

246

Sistem pembayaran antarabangsa, Japan Credit Bureau (JCB) bakal melaksanakan ujian infrastruktur mata wang digital bank pusat (CBDC) untuk persediaan platform pembayaran buat CBDC nasional, yang kini berada dalam proses pengujian oleh Bank of Japan (BoJ).

Diperjelaskan, projek tersebut digelar JCBDC yang akan berfungsi sebagai penyelarasan kad kredit JCB kepada sistem pembayaran CBDC dengan hasil kerjasama IDEMIA, pembekal teknologi pengecaman wajah serta Malaysian Softspace berpangkalan di Perancis.

Malah, ia juga akan mewujudkan pembayaran sesentuh, pengeluaran dan penyediaan kad plastik CBDC, simulasi persekitaran CBDC termasuklah melaraskan alat pembayaran mudah alih serta kod QR.

JCB turut berhasrat membangunkan pembayaran CBDC menjelang akhir 2022 dan akan melaksanakan eksperimen demonstrasi di kedai sebenar menjelang akhir Mac 2023.

Menurut gabenor BoJ, mereka akan menguji aspek teknikal terbitan yen digital semasa percubaan fasa kedua yang dilancarkan pada tahun 2026.

Namun, pelancaran projek tersebut dan skop pelaksanaannya masih tidak pasti susulan bekas ketua jabatan penyelesaian kewangan BOJ menyatakan bahawa ia enggan menggunakan yen digital sebagai sebahagian daripada monetari negara.

Difahamkan bahawa JCB bukanlah syarikat yang baru mendalami inovasi digital ekoran mereka pernah memetarai perjanjian bersama Fujitsu Laboratories pada 2020 dalam menubuhkan perintis sistem interoperabiliti identiti digital berdasarkan teknologi blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat