Imbangan Dagangan China Bulan Ogos, Mengecil Lebih Daripada Jangkaan

59

Pentadbiran Am Kastam hari ini melaporkan imbangan perdangangan China sebanyak $41.99 billion, kurang daripada jangkaan $46.73 berbanding bulan yang lalu, dan juga jangkaan median di paras $48.6 billion.

Eksport China bagi bulan Ogos meningkat 5.5% berbanding setahun yang lalu dalam ukuran dolar, manakala import pula meningkat 14.4% pada unjuran tahun ke tahun. Dalam ukuran yuan, lebihan dagangan China mengecil kepada $286.5 billion yuan daripada $312.2 billion yuan.

Walau bagaimanapun, data tersebut menunjukkan lebihan dagangan dengan US meningkat daripada $26.23 billion kepada $25.2 billion pada bulan Julai. Perdagangan antara dua negara ini diteliti berikutan ketegangan yang berlaku selepas negara tanah besar itu didakwa oleh US tidak telus dalam perdagangan mereka.

Secara keseluruhannya, perdagangan China terus berkembang dengan kukuh dengan peningkatan terhadap kedua-dua pasaran import dan eksport.

Pada awal minggu ini, Jabatan perdagangan US mengatakan defisit Washington dengan China meningkat sehingga paras tertinggi 11-bulan yang lalu. Defisit yang berterusan ini telah mengakibatkan Presiden Trump mengeluarkan lebih banyak perlinduangan terhadap polisi dagangan. Kini pentadbiran Trump sedang berunding tentang Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA), dimana beliau menjelaskan ianya merugikan Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat