IMF Gesa Kenaikan Kadar Agresif Tatkala Malaysia Makin Hampiri Kemelesetan

871

‘Andai unjuran kemelesetan itu benar, kita ada 5 bulan sahaja lagi sebelum segala-galanya berubah.’

Pegawai kanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa bank-bank pusat di rantau Asia untuk melaksanakan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif bagi menangani tekanan inflasi melampau.

Ulas pengarah IMF Jabatan Asia-Pasifik, Krishna Srinivasan, kadar inflasi terus memuncak dengan lonjakan kos makanan dan bahan api ekoran tercetusnya perang di Ukraine.

Sungguhpun kadar inflasi di rantau Asia tidak seteruk keadaan di wilayah lain, namun Krishna menggariskan bahawa lonjakan harga di kebanyakan negara kini melepasi sasaran bank pusat.

Rentetan itu, beberapa negara dinasihatkan menaikkan kadar lebih agresif dengan situasi inflasi terus berkembang kepada harga, mengecualikan kategori makanan dan tenaga yang tidak menentu, bagi memastikan kemampanan.

Buat masa ini kebanyakan ekonomi negara Asia yang sedang membangun mengalami aliran keluar modal seperti tahun 2013, dengan hasil bon meningkat ekoran petunjuk Federal Reserve (Fed) yang akan mengurangkan pembeliannya lebih awal.

Terang Krishna, aliran keluar terbesar di catat oleh India iaitu sebanyak $23 bilion sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan diikuti Korea Selatan dan Taiwan.

Pada sisi berbeza, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi (SERC) iaitu Lee Heng Guie menyatakan Malaysia hampir pasti menerima tempias kemelesetan dunia dan Amerika Syarikat (AS).

Asas tersebut dibuat berdasarkan penguncupan keluaran dalam negara kasar (GDP) yang sederhana dan tidak terlalu mendalam selama 6 ke 8 bulan andai ekonomi AS benar-benar mengalami kemelesetan tahun depan.

Hujahnya, perdagangan luar Malaysia akan merasai kesan daripada kelembapan global ekoran korelasi pertumbuhan negara memandangkan ekonomi global menjadi lebih utuh sejak 10 tahun lalu.

Umumnya, ekonomi AS terus menguncup pada suku ke-2 tahun ini dengan situasi pengetatan dasar monetari yang agresif oleh Fed dalam membendung inflasi.

Ia secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan pasaran kewangan bahawa ekonomi telah berada dalam kemelesetan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat