IMF Ramal 2023 ‘Tiada Ong’, Boleh Percaya Ke?

298

‘Alamak banyak betul bahana kurang baik tahun depan ni, tapi boleh percaya ke?’

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menyembunyikan kebimbangan tentang prospek buruk ekonomi global yang bakal melanda dunia pada 2023.

Digariskan bahawa pengetatan dasar monetari yang tercetus ekoran peningkatan kadar inflasi, pertumbuhan lemah di China dan masalah gangguan rantaian bekalan makanan disebabkan krisis Rusia-Ukraine menjadi faktor utama.

Ekoran itu, satu tinjauan pengurusan pembelian yang menyaksikan kemerosotan beberapa bulan ini  sudah cukup untuk IMF mengemas kini prospek unjuran pertumbuhan 2023 kepada 2.7% dari 2.9%.

Selain itu, IMF turut mengesahkan prospek pertumbuhan di Eropah adalah yang paling suram dengan indikator seperti indeks pembuatan dan aktiviti perkhidmatan menunjukkan bacaan lemah dalam kalangan Group of 20 (G20).

Ulas IMF dalam sebuah blog menjelang persidangan G20 di Bali minggu ini, bacaan pertumbuhan negara-negara G20 menyusut dari wilayah perkembangan ke penguncupan awal tahun ini dan dunia berdepan cabaran sukar tahun depan.

Dalam pada itu, IMF dilihat memetik krisis tenaga di Eropah di atas lonjakan inflasi yang menyebabkan pertumbuhan ekonomi menjadi lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat