Impak CPI & FOMC, GBP/USD Lonjak 130 Pips Pecah Rekod Tertinggi 13 Minggu

235

Lonjakan harga yang ketara berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal sesi New York semalam ketika reaksi terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Susulan bacaan inflasi tahunan sedikit menurun berbanding jangkaan untuk kekal di paras sebelum ini, US dolar telah melemah berikutan pasaran melihat kecenderungan untuk Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah.

Namun, US dolar kembali pulih selepas mesyuarat FOMC yang menyusul pada awal pagi tadi memberi gambaran untuk Fed mengekalkan dasar ketat sedia untuk untuk tempoh lebih lama selepas kadar faedah dikekalkan.

Pada carta GBP/USD, harga telah melonjak dahulu di awal sesi sehingga melepasi zon rintangan 1.28000 dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 13 minggu.

Harga mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.28600 sebelum berundur turun semula ke zon 1.28000 selepas pasaran menghadam kenyataan disampaikan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell.

Corak penurunan harga diteruskan menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Khamis) ke sekitar 1.27800 namun harga dilihat masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Sekiranya harga susut lebih rendah dari paras sokongan tersebut, akan menjadi isyarat bearish buat harga melanjutkan penurunan ke paras lebih rendah lagi.

Sasaran adalah untuk menghampiri semula paras 1.27000 yang menjadi zon support penting buat harga untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Namun jika harga melantun naik semula, rintangan pada 1.28000 perlu dilepasi sekali lagi sebelum kenaikan lebih tinggi mampu diteruskan.

Mengatasi paras yang dicapai semalam akan mencatatkan rekod terbaru dengan sasaran berikutnya adalah pada ketinggian 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat