Impak Powell, Emas Sekali Lagi Capai $2,000!

893

Paras harga $2,000 sekali lagi menjadi sasaran emas untuk meningkat selepas Federal Reserve (Fed) memberi isyarat bahawa kitaran pengetatannya mungkin akan berakhir.

Terdahulu, Fed telah memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, dan mengatakan inflasi kekal menjadi keutamaan bank pusat itu.

Namun, bank pusat itu mengatakan langkah menaikkan kadar berterusan mungkin tidak lagi sesuai untuk menurunkan inflasi, menyebabkan pasaran melihat bahawa langkah pengetatan Fed semakin hampir ke penghujungnya.

Ini sekali gus memberi dorongan buat dagangan emas untuk menokok lebih tinggi, selain turut disokong oleh kebimbangan berterusan dalam krisis perbankan global.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen mengatakan beliau tidak mempertimbangkan untuk menginsuranskan semua deposit bank AS tanpa kelulusan Kongres.

Kenyataan Yellen telah meranapkan harapan pelabur bahawa AS akan membantu bank-bank yang berisiko dan ia turut mencetuskan semula kebimbangan pasaran terhadap krisis kewangan.

Pada sesi Asia, emas didagangkan pada sekitar harga $1,993 per auns, sedikit susut dari paras $2,000 yang dicapainya pada sesi terdahulu.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat